PENGENALAN


Cosmopoint College Kota Kinabalu ditubuhkan pada tahun 2001, menduduki keseluruhan tingkat 4 Menara MAA, Kota Kinabalu. Ia ditubuhkan dengan tujuan memperluaskan jenama Cosmopoint Real World Practice ke Sabah. Ia menawarkan program Diploma dalam pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, multimedia dan banyak lagi dengan penekanan dalam menghasilkan graduan yang mampu bekerja di dunia nyata.

Pada tahun 2010, Cosmopoint College Kota Kinabalu berkembang dengan pembukaan kampus Wisma Times, yang terletak di Jalan Tuaran Bypass Kota Kinabalu. Kampus baru memfokuskan pada bidang hospitaliti - yang mengkhususkan dalam seni masakan dan program berkaitan pelancongan serta perhotelan. Kedua-dua kampus boleh menampung sejumlah 1500 pelajar.

Kampus Wisma Times dilengkapi, antara lain, studio grafik, fotografi dan multimedia. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan dapur yang canggih, mock dewan makan, dan juga mock bilik hotel. Dengan perpustakaan, student lounge dan akses internet 24-jam, bertujuan menyediakan pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang kondusif.

Cosmopoint College Kota Kinabalu mempunyai kerjasama dengan pelbagai rakan industri tempatan terutamanya dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan, yang menawarkan prospek pekerjaan yang hebat kepada pelajar. Pelbagai aktiviti dijalankan setiap semester untuk memantapkan lagi reputasi Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu sebagai Kolej Perhotelan dan Pelancongan yang terkemuka di Kota Kinabalu.
Penghujung tahun 2016 kedua-dua kampus telah digabungkan dan menjadikan Kampus Wisma Times sebagai kampus utama Cosmopoint College di Kota Kinabalu.



Cosmopoint College Kota Kinabalu 2 (Main Campus)
Wisma Times, No.2, 1km, Jalan Tuaran Bypass,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
TEL: 016-8106348
FAKS: 088-387143