Diploma E-Kesetiausahaan (A11102)

PENGENALAN

Diploma E-Kesetiausahaan menyediakan pelajar bagi profesion kesetiausahaan yang memerlukan kemahiran dan kecekapan menyelesaikan masalah dan mentadbir pejabat. Program ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknik komunikasi individu,penulisan laporan,kerja berkumpulan serta pengurusan pejabat. Pelajar akan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas dalam pelbagai peringkat pentadbiran di dalam sesebuah organisasi.

MATLAMAT KURSUS
  • Meningkatkan automasi tugas-tugas kesetiausahaan
  • Menerapkan ilmu,kemahiran dan profesionalisme dalam suasana pejabat eksekutif
  • Melengkapkan pelajar dengan keupayaan dan fungsi sebagai pentadbir
  • Menitikberatkan latihan berdasarkan prosedur asas pejabat,pengurusan rekod,kepelbagaian aplikasi komputer, penulisan dan komunikasi perniagaan,perakunan dan 'keyboarding'.

PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Setiausaha, Setiausaha Sulit, Setiausaha Eksekutif, Pembantu Kesetiausahaan,Pembantu Pentadbiran, Pembantu Peribadi dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN MASUK

 Lulus SPM dengan 3 kepujian mana-mana subjek.
Wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
Copyright @ 2011-2017 Kolej Cosmopoint Sabah. All Rights Reserved.